Bismillahirrahmanirrahim
 Assalaamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh
 
 
DALAM
 mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir 
yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita 
kerap menyebut "sedangkan lidah dapat tergigit, begitu pula dengan suami
 isteri".
Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing.
Cara terbaik untuk menga
tasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Firman Allah bermaksud:
 "Dan
 bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. 
Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya,
 janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu 
bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu 
benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." 
(Surah an-Nisa, ayat 19).
Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:
 "Mana-mana
 lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan 
berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di
 atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas 
keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang 
diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."
Di
 sini, baik juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi 
Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri 
di luar pintu menunggu Umar keluar.
Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.
Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri:
 "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.
Lelaki itu berkata:
 "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.
Tadi
 aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada 
diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka 
bagaimana dengan aku?"
Umar berkata kepadanya:
 "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.
"Sesungguhnya
 dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku 
dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."
Lelaki itu menjawab: 
"Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar pun berkata kepadanya:
 "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenanya itu tidak lama, hanya seketika saja."
Semoga kita dapat mengambil hikmah dari Kisah diatas 
Wallahu A'lam Bishawab
Alhamdulillahirabbil'alamin
 Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh  
 https://www.facebook.com/groups/bijaks/